Sunday, October 12, 2008

Sungai?

Sungai adalah elemen alam sekitar yang penting kepada manusia. Sejak
dahulu lagi, manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan sungai
kerana sungai berfungsi sebagai alat pengangkutan dan perhubungan,
sumber bekalan air untuk domestik dan pertanian selain membekalkan
sumber protein kepada manusia. Dengan berkembangnya bandar dan
kegiatan perindustrian serta perdagangan, kualiti sungai mula mengalami
kemerosotan apabila berlakunya masalah hakisan, pemendapan dan
pencemaran. Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai
yang berada dalam kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan
tetapi yang dikategorikan dalam Kelas 4 dan Kelas 5 semakin meningkat.
Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan pembangunan pesat
yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih rendah
dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Punca
pencemaran dan kerosakan sungai boleh disimpulkan kepada faktor
budaya campak buang yang berkait rapat dengan sikap masyarakat
umum sama ada pengilang, penternak dan penduduk setempat yang tidak
menghargai sungai sebagai sumber. Penyerahan tanggung jawab
penjagaan sungai kepada kerajaan juga menerangkan betapa rendahnya
tahap penglibatan masyarakat dalam usaha pemeliharaan sungai. Sikap
dan paradigama masyarakat harus diubah terlebih dahulu, dengan ini
barulah segala langkah saintifik dan pengurusan kawalan terhadap
pencemaran sungai memberi makna dan berjaya dilaksanakan kerana
sebahagian besar masyarakat telah memahami dan berupaya menilai
kualiti sungai.

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN SUNGAI DI MALAYSIA

Isu pengurusan sungai menjadi sangat penting sejak kebelakangan ini akibat
meruncingnya masalah pencemaran sungai. Pengurusan sungai merupakan usaha
memelihara dan memulihara sungai supaya kualitinya tidak terus merosot. Dalam kata
lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana mengawal dan memandu hubungan
manusia dengan komponen alam sekitar ini agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan
organisma hidup khususnya manusia sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan
sungai ialah untuk memelihara sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa
hadapan, meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti
pembangunan selain meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya.
Agensi yang dianggap bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan sungai
ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar.

Kerajaan dan media massa dalam menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai peri
pentingnya penjagaan sungai serta peranan institusi pendidikan melalui pendidikan secara
formal mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Isu Pencemaran Sungai di Malaysia


Pencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha
holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air sungai-sungai di
Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di negara
ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.
Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam
kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas
4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan
pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih
rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan
sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut
berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap
batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta
bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan
yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007)

PUNCA DAN IMPAK PENCEMARAN SUNGAI
Punca pencemaran sungai atau secara khususnya air terbahagi kepada dua iaitu punca
tertunjuk dan punca tak tertunjuk. Punca tertunjuk merujuk kepada sumber yang boleh
ditentukan puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan
pencemar berpunca misalnya efluen dari kilang dan sisa haiwan dari kandang ternakan.
Punca tak tertunjuk merupakan punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh
ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan
pertanian dan kawasan pembalakan.
Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti
pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti
pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan
pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya,
pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan
perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air
sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan
masalah pemendapan sungai.
Aktiviti pertanian juga merupakan antara punca utama pencemaran sungai
terutama jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Air hujan yang mengalir dari kawasan
pertanian mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah terampai dalam air
sungai. Selain itu bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun serangga, racun
herba serta baja kimia turut mencemar air sungai. Aktiviti pertlombongan juga
merupakan punca pencemaran air sungai kerana air dari kawasan perlombongan
mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kaitan dengan
mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Buangan sisa kotoran
daripada kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan, perniagaan dan kilang turut
mencemarkan air sungai.
Dapat dirumuskan, tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan
industri terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan
buangan domestik.

Kebersihan Sungai Tanggungjawab Bersama


Mutu kebersihan sungai di negara ini semakin merosot berikutan sikap masyarakat dan pemilik industri yang membuang sampah dan sisa kilang ke sungai sewenang-wenangnya. Bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir secara peribadi pernah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap masalah pencemaran ini. Pencemaran sungai di negara ini bukan sahaja gagal untuk membantu industri pelancongan bahkan keadaan ini juga boleh menimbulkan masalah jika sungai digunakan sebagai sumber air minuman. Ekoran dari ini, kerajaan menetapkan laporan kualiti alam sekitar merangkumi maklumat terkini mengenai kualiti air dan udara serta pencemaran di negara ini perlu disediakan setiap tiga bulan untuk dibentangkan kepada kabinet.

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan program bagi menyedarkan masyarakat terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar. Gesaan dibuat supaya Jabatan Parit dan Saliran (JPS) sentiasa memperhebatkan kempen Cintailah Sungai Kita kerana kabinet masih tidak berpuas hati terhadap tahap kebersihan sungai. Kempen ini harus diteruskan dengan lebih hebat agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai serta pemilik industri. Hasil kajian yang dijalankan oleh JPS menunjukkan kira-kira 20 sungai mengalami pencemaran serius antaranya Sungai Klang dan Sungai Sepang di Selangor, Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Jimah di Negeri Sembilan dan Sungai Skudai di Johor kerana pembuangan sisa industri, sampah-sarap serta najis ternakan yang dibiarkan berlaku sesuka hati.

Kerajaan negeri juga amat perlu memainkan peranan dalam meningkatkan usaha serta rumusan jangka panjang kepada isu alam sekitar ini. Mereka boleh mengambil tindakan dan mengenal pasti sungai yang terdapat di negeri masing-masing kemudian membahagikan tahap kebersihan sungai itu kepada tiga kategori iaitu;

I) Sungai Bersih
II) Sungai Tercemar (sederhana)
III) Sungai Tercemar (teruk)

Selain itu, tindakan dan langkah segera perlu diambil untuk membersihkan sungai yang menghadapi masalah pencemaran di negeri masing-masing. Mereka juga harus berani bertindak dan mengambil tindakan untuk memberhentikan pencerobohan kawasan tadahan air.

Bagaimanapun, kesedaran dan sifat tanggungjawab individu terhadap alam sekitar adalah tonggak utama bagi memastikan masyarakat memberi tumpuan kepada penjagaan sejagat.

Kepentingan Sungai Di Malaysia



Empangan Kenyir

Sungai menjadi tempat yang sesuai untuk di bina empangan hidroelektrik yang membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk di Malaysia. Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh stesen janakuasa ini merupakan antara penyumbang utama tenaga elektrik di Malaysia. Tanpa sungai yang menjadi tempat untuk pembinaan stesen janakuasa elektrik ini, berkemungkinan ada kebanyakkan tempat di negara kita tidak mendapat bekalan elektrik. Oleh itu, kita haruslah menjaga kebersihan sungai untuk kepentingan bersama. selain itu sungai juga menjadi jalan perhubungan utama suntuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Contohnya kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak masih menggunakan sungai sebagai salah satu cara untuk keluar dari pedalaman ke bandar-bandar utama. Di Pahang juga contohnya di Ulu Tembeling memerlukan penduduk di sana menaiki bot selama beberapa jam sebelum sampai ke jeti di Jerantut. selain itu sungai jga memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampiran sungai denagn melakukan aktiviti menangkap hasil sunagi seperti ikan dan udang.

Saturday, October 11, 2008

Sungai di Malaysia

Sungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Sungai Perak mempunyai banyak sungai cawangan. Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980. Selepas itu pengeluaran bijih timah menurun secara mendadak kerana negara-negara lain turut mengeluarkan bijih timah dan menyebabkan harga bijih timah merudum di pasaran dunia.

Sungai Perak adalah antara sungai yang terpanjang di antara negeri-negeri yang sekelilinginya. Ia memainkan peranan yang penting dalam sedi sejarah negeri Perak. Adalah dipercayai bahawa nama Perak didapati daripada kilat-berkilauan yang terdapat di sungai ini. Sepanjang lembah sungai ini, ia telah membiayai berjuta-juta penduduk tanah Melayu sejak beratus-ratus tahun yang lalu.

Sultan Perak yang pertama pernah juga mendatang ke mari dari Indonesia melalui Beting Beras Basah, sebuah pekan di hilir Sungai Perak ini.

Terdapat beberapa empangan hidroelektrik di Sungai Perak:

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : Tahun 4

Tema : Keajaiban Alam

Tajuk : Sungai


Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat ;

1. Menyusun isi penting sesuatu topik.

2. Menyusun isi mengikut perenggan bagi menghasilkan karangan.

3. Menyenaraikan ayat informatif dalam teks.

Fokus utama : 10.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 2 (ii) Membina ayat topik dan ayat huraian untuk menghasilkan perenggan yang kohesif dengan ayat informatif.

Fokus sampingan: 10.1 Menghasilkan penulisan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 3 (i) Menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan.

Kemahiran bahasa : Mendengar dan menulis

Sistem bahasa : Tatabahasa dan kosakata

Ilmu : Kajian tempatan, Sains dan Kesusasteraan

Nilai : Bekerjasama, Kebijaksanaan, berdedikasi dan kerajinan.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Mengkategori, membuat inferens, menyelesaikan masalah,

Kemahiran Belajar : Kecerdasan pelbagai, verbal linguistik dan menjana idea

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempelajari pendidikan seni

Bahan Bantu Mengajar : Peta Malaysia, gambar pantai, gambar perkampungan, jadual grafik dan lembaran kerja.


ISI PELAJARAN, AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN CATATAN

Set induksi (5 minit)

- Murid menyanyikan lagu.

- Murid menyatakan jenis ikan air tawar.

a) Keli

b) Puyu

c) Haruan

d) Sepat

e) Patin

f) Dan lain lagi.


1. Guru bertanya kepada murid tentang nama-nama ikan air tawar yang murid tahu.

2. Guru memainkan lagu sungai kepada semua murid untuk dinyanyikan bersama-sama.

KB:memahami

BCB : Menjelaskan

BBM : CD lagu ‘sungai’, laptop,lirik lagu.


Langkah 1 (10 minit)

Nilai : Bersatu hati,bekerjasama.

- Murid memahami tentang sungai.

- Murid menghasilkan peta minda tentang kepentingan sungai.

  1. Guru memberikan tajuk yang akan dibincangkan pada hari ini iaitu sungai.
  2. Guru menayangkan gambar sebuah sungai dengan persekitarannya.
  3. Dengan menggunakan pengetahuan sedia ada murid, guru meminta semua murid menyenaraikan maklumat tentang sungai yang ditunjukkan oleh guru.
  4. Murid perlu menyenaraikan 5 ayat berkaitan gambar sungai tersebut.

KB :Menghayati

BCB : memahami

BBM : kertas kosong, buku latihan. Gambar sungai serta peta penempatan manusia.

Nilai : keyakinan dan kerjasama.


langkah 2 (10 minit)

- Murid memahami tentang sungai.

- Murid menghasilkan peta minda tentang kepentingan sungai.

  1. Guru meminta murid menyiapkan peta minda mengenai kepentingan sungai bersama pasangan masing-masing.
  2. Guru membantu dan memantau murid menjalankan tugasan yang diberikan guru.
Murid menunjukkan hasil keja peta minda pasangan masing-masing kepada kelas.

KB : menjana idea

BCB : menyampaikan

BBM : kertas kosong, contoh peta minda.

Nilai : bekerjasama

langkah 3 (20 minit)

- Murid dapat menghasilkan sebuah karangan darpada peta minda yang telah mereka hasilkan sebelumnya.

  1. Guru meminta murid membina sebuah karangan bertajuk kepentingan sungai kepada manusia.
  2. Murid menulis karangan dalam buku penulisan masing-masing.
  3. guru memantau dan membantu murid mengarang.

KB : memahami

BCB : menyenaraikan dan menulis


langkah 4 (10 minit)

- Murid dapat menulis karangan yang baik dan semourna dari segi format, ejaan dan ayat.

- Murid menyampaikan isi yang ditulis melalui penceritaan.


  1. Guru memilih beberapa wakil kelas untuk menceritakan kembali karangan yang telah mereka hasilkan.
  2. Guru memberikan komen dan menyatakan kesalahan serta penambahan isi yang sepatutnya.

KB : Menterjemahkan

BCB : Menyenaraikan

BBM : Lembaran kerja

Nilai:berkeyakinan, memahami


Penutup ( 5 minit)

Rumusan

Guru dapat memantapkan penguasaan murid dalam membina ayat mudah bagi membentuk sebuah karangan yang baik.
  1. Guru merumuskan pembelajaran dan objektif yang ingin disampaikan kepada murid.

Aktiviti nyanyian

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)


video